Kalau seseorang nak beli satu rumah untuk kehidupan yang lebih selesa ataupun beli rumah untuk pelaburan, macam mana baru nak memiliki rumah sendiri?

Nak beli rumah bajet tapi tak tahu cara? Bagi setiap orang yang biasa, pembelian rumah agak penting dan perlulah fikir dan membuat perbandingan sebelum pembelian rumah. Kekurangan pengalaman dalam pembelian rumah mungkin boleh menjadi salah satu beban yang besar jika beli satu rumah yang anda tidak mampu bayar ansuran bulanan.

Jika anda ingin nak memilik rumah sendiri dan agak sesat kerana takut rumah yang anda beli tidak memenuhi spesifikasi yang diingini, sinilah panduan beli rumah yang mungkin boleh membantu anda untuk membeli rumah idaman anda.

Jika anda ialah orang yang beli rumah pertama, anda hendaklah berhati-hati dan membuat kira-kira sebelum pembelian rumah. Mega 3 Housing akan berkongsi tips beli rumah bagi memberi pencerahan tentang hal-ehwal hartanah.

 rumah mampu milik selangor

Beli Ikut Kemampuan Kewangan Anda

Anda perlu buat bajet bulanan dan buat kira-kira tentang perbelanjaan dan pendapatan dahulu.

Kalau anda nak beli kondo, pastikan buat bajet termasuk yuran penyelenggaraan. Anda hendaklah buat kira-kira tentang kos selain harga rumah seperti bayaran tempahan, wang pendahuluan, dan kos-kos dokumentasi.

Lokasi Rumah Idaman

Sekarang, beli rumah bukan saja nak fikir tentang harga sahaja, jika boleh, pilih rumah berhampiran dengan tempat kerja. Kalau nak beli satu rumah, anda perlu pilih lokasi dan jenis rumah anda nak beli. Apabila dah jumpa rumah yang sesuai, anda hendaklah melawat lokasi tersebut supaya memenuhi spesifikasi yang anda ingini.

 rumah mampu milik melaka

Perbandingan Antara Pakej-Pakej Pinjaman Perumahan

Sebagai orang yang biasa, harga rumah yang mahal di Malaysia tak mungkin beli dengan wang tunai saja. Oleh itu, bank-bank di Malaysia akan menawarkan banyak pinjaman peribadi untuk orang ramai.

Tetapi, bank-bank dan agensi-agensi ada syarat dan terma mereka bagi mereka membuat keputusan dalam permohonan pembiayaan pinjaman perumahan.

Ingin tahu cara kira loan rumah? Anda boleh guna formula pinjaman dan dapat tahu berapa ansuran bulanan anda perlu bayar.

Selain itu, anda boleh menggunakan kalkulator loan rumah untuk memberikan gambaran yang jelas untuk pengiraan ansuran bulanan, duti setem dan yuran guaman bagi sesiapa yang membeli rumah di Malaysia.

Pembiaya-pembiaya akan membuat semakan tentang jumlah pendapatan pemohon, komitmen kewangan lain, rekod bayaran kredit pemohon dan jenis rumah yang pemohon ingin beli.

Untuk Cara Pinjaman Perumahan, Anda Boleh Memilih Pembiayaan Islamik Ataupun Pinjaman Konvensional.

Anda boleh memilih pembiayaan islamik sebagai pilihan dan jika anda nak memohon pinjaman. Pinjaman islamik merupakan salah satu pinjaman yang mematuhi Syariah berasaskan konsep jual-beli atau sewaan. Bagi orang Islam, pembiayaan perumahan islamik mungkin sebagai pembiayaan perumahan terbaik untuk mereka.

KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang sebagai salah satu sumber kewangan, membenarkan ahli membuat pengeluaran Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah. Pengeluaran KWSP untuk beli rumah hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti membeli rumah kediaman dan mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam akaun 2. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan terutamanya sesiapa yang beli rumah mampu milik Selangor pertama kali.

 pengeluaran kwsp untuk beli rumah

Pinjaman bank ada cara pengiraan yang ketat sebelum luluskan permohonan anda, pastikan anda menyediakan dokumen yang lengkap, ukur baju di badan sendiri dan membandingkan pakej-pakej pinjaman yang ditawarkan oleh pembiaya. Anda boleh membandingkan pakej pembiayaan pinjaman perumahan dengan melawat bank-bank untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut.

Oleh itu, biasanya mereka akan meminta 6 bulan slip gaji, jangan tukar kerja waktu dalam proses permohonan pinjaman dan elakkan hutang seperti pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan pinjaman kad kredit. Kalau anda ada pinjaman yang lain pastikan anda membuat bayaran tepat masa.

Anda perlu menilai kemampuan kewangan sendiri dan memiliki rumah yang sesuai atau dekat dengan tempat kerja, menyemak pembiayaan pinjaman perumahan supaya anda boleh mendapatkan rumah idaman anda walaupun anda ialah seseorang yang beli rumah pertama.

 

Comments are closed.

Post Navigation